Program ini direka untuk membantu anda menurunkan lemak dan hidup lebih sihat berdasarkan ajaran Nabi Muhammad ﷺ dan sains moden.
Langkah 1 – Muat turun file di bawah dan isi
Boleh isi secara digital, atau cetak dan tulis. Ikut mana lebih mudah.
1. Isi nama dan tarikh mula program

2. Timbang berat badan (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu).
Timbang berat badan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Timbang pada waktu yang sama. Contoh : Hari Isnin dan khamis lepas bangun tidur dan lepas buang air besar.

3. Lakukan ujian In-Body atau ukur lilitan badan (1 kali sebulan).
Untuk ujian in-body sila layari https://inbodyasia.com/location/ dan masukkan post code, pilih radius, tick semua machine dan klik “Search location”

Dari list yang keluar, pilih mana yang dekat atau mudah untuk anda pergi sana. Pastikan anda call dulu untuk tahu harga dan set appointment.

Kalau tak nak buat in-body, boleh buat ukuran lilitan. Sekurang-kurangnya ukur perut sebab ia tempat paling berisiko untuk kesihatan.
- Ukur pada waktu yang sama setiap bulan, sebaiknya waktu pagi sebelum makan.
- Sediakan pita pengukur (jenis kain/lembut, bukan pembaris keras).
- Berdiri tegak dan relaks, jangan tahan nafas.
- Cari bahagian pinggang – biasanya di antara tulang rusuk bawah dan tulang pinggul (selalunya paras pusat).
- Lilitan pita di sekeliling pinggang — pastikan tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.
- Pastikan pita selari dan mendatar, tidak senget.
- Baca ukuran dalam cm atau inci – catat tarikh dan nombor.
4. Tetapkan matlamat.
Dalam Islam, setiap amalan dinilai berdasarkan niat. Dua orang boleh buat perkara yang sama, tapi nilainya berbeza di sisi Allah. Jika niat untuk pujian atau trend, ia sia-sia, tetapi jika untuk menjaga amanah tubuh, sihat untuk ibadah, dan kuat berbakti, ia jadi ibadah yang diberi ganjaran. Jadi, tetapkan matlamat yang jelas, kemudian tanya diri “kenapa” berulang kali sehingga jumpa sebab sebenar dari hati, supaya usaha kita benar-benar ikhlas kerana Allah.
Langkah 2 – Rancang minggu anda
Pilih tabiat yang anda nak praktis setiap minggu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mula dengan satu tabiat dan praktis selama seminggu, kemudian minggu seterusnya tambah lagi satu. Fokus utama anda adalah Pemakanan dan Pergerakkan.
- Untuk tahu kenapa setiap element itu penting bila nak bakar lemak, tekan pada tajuk.
- Untuk info lanjut dan cara perlaksanaan, tekan pada setiap habit/tabiat.
| Pergerakkan/Movements |
| 1. Walking program 2. Lari 5km (coming soon!) 3. Program latihan kekuatan di-rumah (coming soon!) 4. Training beban guna dumbbell (coming soon!) 5. Animal Movement (coming soon!) 5. Stretching (coming soon!) |
| Tidur |
| 1. Tidur sekejap waktu tengah hari (Qailulah) 2. Tidur cara Sunnah 3. Kurangkan tengok screen sebelum tidur 4. 10-15 minit cahaya matahari pagi 5. Kurangkan kafein dan gula waktu petang |
Langkah 3 – Pantau setiap hari!
Anda boleh menggunakan penjejak tabiat di bawah untuk jejak kemajuan anda setiap hari. Pada hujung minggu jawab soalan releksi sebelum plan minggu seterusnya.
Rujukkan yang digunakan untuk buat program ini:
- How Modern Health Science is PROVING the Sunnah by Moodi Dennaoui
- Natural Health Series by Hakim Archuletta
- Prophetic Medicine, Sunnah Foods, and Eating For Your Body Type by Nutritionist Ilham Malick
- The Science Behind Muhammed’sﷺ Lifestyle & Healing with Dr. Saiyed Ahmad
- Prophetic Healing: How to Achieve Vibrant, Holistic Health Using the Best of Prophet Muhammad’s Guidance and Modern Science (Book)
- Al-Ghazali on the Manners Relating to Eating (Book)
Untuk pertanyaan atau bantuan, sila tinggalkan komen di bawah pos ini.
