Puasa :Keseimbangan Ibadah dan Kesihatan

Puasa bukan sekadar ibadah, malah ia juga merupakan satu cara hidup yang membantu kita membersihkan jiwa, mendekatkan diri kepada Allah, serta memberikan pelbagai manfaat untuk kesihatan fizikal dan mental.

Apa yang diajarkan oleh puasa?

  1. Syukur – Menghargai segala nikmat makanan dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
  2. Empati – Merasai pengalaman mereka yang hidup dalam kesusahan dan kelaparan.
  3. Disiplin – Melatih diri untuk mengawal nafsu, bersabar, dan membentuk kekuatan rohani.

Manfaat Sains Tentang Puasa

  1. Kesihatan Metabolik
    Membantu menurunkan berat badan, mengawal paras gula dalam darah, dan mengurangkan kolesterol.
  2. Fungsi Otak yang Lebih Baik
    Meningkatkan tahap hormon otak (BDNF) yang dapat mencegah penyakit seperti Alzheimer.
  3. Detoksifikasi
    Membolehkan badan menggunakan lemak simpanan sebagai sumber tenaga, sekali gus menyingkirkan toksin.
  4. Sistem Imun yang Lebih Kuat
    Mengurangkan keradangan serta membantu proses pemulihan sel.
  5. Umur yang Lebih Panjang
    Kajian menunjukkan bahawa puasa dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti diabetes dan penyakit jantung.
  6. Kesihatan Emosi
    Meningkatkan fokus, mengurangkan stres, dan memberikan ketenangan.

Pelan Langkah Demi Langkah untuk Berlatih Puasa

Fasa 1: Puasa Intermiten (Permulaan Mudah)

Matlamat: Biasakan badan dengan puasa, mulakan dengan tinggalkan satu waktu makan.

  • Cara:
    • Puasa 12-14 jam sehari (contoh: 7 malam hingga 9 pagi).
    • Pilih skip sarapan atau makan malam, mana yang sesuai.
  • Tips:
    • Banyakkan minum air semasa waktu makan.
    • Fokus pada makanan ringan dan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur.

Fasa 2: Puasa Setengah Hari (Tingkatkan Cabaran)

Matlamat: Puasa hingga tengah hari untuk biasakan diri dengan tempoh lebih panjang.

  • Cara:
    • Ambil sahur kecil seperti kurma, oat, atau yogurt.
    • Puasa hingga jam 12 atau 1 tengah hari, kemudian makan hidangan seimbang.
  • Tips:
    • Niat puasa dengan tujuan untuk tingkatkan kerohanian dan disiplin.

Fasa 3: Puasa Sehari Penuh (Dari Subuh ke Maghrib)

Matlamat: Puasa satu hari seminggu. Boleh pilih har Isnin atau Khamis atau ikut kesesuaian diri.

  • Cara:
    • Sahur sebelum Subuh (Fajr) dan buka puasa (Iftar) dengan kurma dan air.
    • Elak makan berlebihan waktu Iftar, makan dengan sederhana.
  • Tips:
    • Gunakan hari berpuasa untuk solat, doa, dan muhasabah diri.

Fasa 4: Puasa Pada Hari-Hari Istimewa

  • Hari Putih: 13, 14, 15 setiap bulan Islam (kalender hijri).
  • Hari Arafah (9 Zulhijjah): Besar ganjarannya bagi yang tidak menunaikan haji.
  • Hari Asyura (10 Muharram): Disunatkan berpuasa.

Fasa 5: Puasa Dua Kali Seminggu (Isnin dan Khamis)

Matlamat: Ikut Sunnah Nabi ﷺ, jadikan puasa Isnin dan Khamis sebahagian rutin.


Fasa 6: Puasa Sebulan Ramadan

Jika belum biasa puasa penuh, ini masanya untuk mulakan! Ramadan adalah peluang untuk membiasakan diri dengan ibadah puasa selama 29-30 hari berturut-turut.


Fasa 7: Gabungkan Semua Jenis Puasa

Matlamat: Biasakan diri dengan puasa Ramadan, hari putih, Isnin dan Khamis, serta hari-hari istimewa.


Fasa 8: Puasa Nabi Daud (Peringkat Tertinggi)

Matlamat: Puasa sehari dan tidak puasa sehari, cara yang paling disukai Allah.

  • Hadis: Nabi ﷺ bersabda: “Puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud. Beliau berpuasa sehari dan berbuka sehari.” (Sahih Bukhari 1131, Sahih Muslim 1159)

Elakkan Puasa Pada Hari-Hari Ini

  1. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
  2. Hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah).
  3. Hari Syak (30 Syaaban).
  4. Puasa hanya pada Jumaat atau Sabtu, tanpa gabung dengan hari lain.
  5. Puasa terus-menerus tanpa berbuka (Wisal).

Dengan mengikuti pelan ini secara bertahap, awak boleh bina stamina dan disiplin untuk jadikan puasa sebahagian daripada gaya hidup yang sihat dan penuh keberkatan!